Perkhidmatan ShopeeFood penghantaran makanan dilancar di Malaysia

Pada hari ini, Shopee Malaysia telah melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan ShopeeFood yang boleh diakses dalam aplikasi Shopee sedia ada. Pengguna Shopee di Lembah Klang boleh mula memesan makanan melalui ShopeeFood bermula 24 September 2021 dan ia menampilkan pelbagai restoran popular seperti Burger King, A&W, Starbucks dan banyak lagi.

Sempena pelancaran perkhidmatan baru ini, ShopeeFood akan menawarkan baucar Penghantaran Percuma serta baucar diskaun bernilai hingga RM8 untuk para pelanggan baharu. Selain itu, ia juga akan menawarkan tawaran hebat untuk makanan berharga RM10 ke bawah sebelum 28 September 2021.

Antara penyedia makanan yang bakal ditawarkan dalam ShopeeFood termasuklah, Marrybrown, Kenny Rogers, Tealive, Boost Juice, Sushi King, ZUS Coffee, Llaollao, Warisan Nasi Kukus, Nam Heong dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang makanan yang boleh dipesan dalam ShopeeFood, anda boleh layari laman Instagram mereka atau laman web rasmi.

Pelanggan kini boleh memilih ShopeeFood untuk penghantaran makanan mereka, selain GrabFood dan Food Panda.

 

SKMM bangunkan Aplikasi Mudah Alih Nasional & memerlukan maklum balas daripada orang ramai

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebuah aplikasi iaitu Aplikasi Mudah Alih Nasional yang mana ia berfungsi sebagai perkhidmatan digital. Aplikasi ini juga dikendalikan secara dalam talian bermula 15 September sehingga 6 Oktober depan.

Platform berkenaan digunakan sebagai pusat sehenti setempat yang membolehkan pengurusan keperluan pengguna diuruskan melalui sebuah aplikasi yang menawarkan kemudahan penggunaan, kepelbagaian fungsi, ciri-ciri dinamik, kepelbagaian perkhidmatan digital serta membolehkan pengguna merasai pengalaman digital yang lancar.

Aktiviti-aktiviti seperti mengakses perkhidmatan digital Kerajaan, perkhidmatan swasta terpilih, pembayaran bil, saman trafik, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, pendaftaran kelahiran, perkahwinan dan banyak lagi boleh dilaksanakan dihujung jari sahaja.

Untuk pengetahuan, Kerajaan juga dalam masa yang sama ingin mengumpulkan maklum balas mengenai Aplikasi Mudah Alih Nasional selama mana ia boleh digunakan. Antara objektif utama soal selidik ini adalah untuk:

Untuk maklumat lanjut mengenai soal selidik tersebut, anda boleh layari laman Aplikasi Mudah Alih Nasional.

Sumber: Utusan Malaysia