Perkhidmatan ShopeeFood penghantaran makanan dilancar di Malaysia

Pada hari ini, Shopee Malaysia telah melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan ShopeeFood yang boleh diakses dalam aplikasi Shopee sedia ada. Pengguna Shopee di Lembah Klang boleh mula memesan makanan melalui ShopeeFood bermula 24 September 2021 dan ia menampilkan pelbagai restoran popular seperti Burger King, A&W, Starbucks dan banyak lagi.

Sempena pelancaran perkhidmatan baru ini, ShopeeFood akan menawarkan baucar Penghantaran Percuma serta baucar diskaun bernilai hingga RM8 untuk para pelanggan baharu. Selain itu, ia juga akan menawarkan tawaran hebat untuk makanan berharga RM10 ke bawah sebelum 28 September 2021.

Antara penyedia makanan yang bakal ditawarkan dalam ShopeeFood termasuklah, Marrybrown, Kenny Rogers, Tealive, Boost Juice, Sushi King, ZUS Coffee, Llaollao, Warisan Nasi Kukus, Nam Heong dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang makanan yang boleh dipesan dalam ShopeeFood, anda boleh layari laman Instagram mereka atau laman web rasmi.

Pelanggan kini boleh memilih ShopeeFood untuk penghantaran makanan mereka, selain GrabFood dan Food Panda.