fbpx

SKMM bangunkan Aplikasi Mudah Alih Nasional & memerlukan maklum balas daripada orang ramai

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebuah aplikasi iaitu Aplikasi Mudah Alih Nasional yang mana ia berfungsi sebagai perkhidmatan digital. Aplikasi…
oleh

Admin

Masa Baca

5 minit

diTerbitkan Pada

September 18, 2021

Kongsi diSocial media

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebuah aplikasi iaitu Aplikasi Mudah Alih Nasional yang mana ia berfungsi sebagai perkhidmatan digital. Aplikasi ini juga dikendalikan secara dalam talian bermula 15 September sehingga 6 Oktober depan.

Platform berkenaan digunakan sebagai pusat sehenti setempat yang membolehkan pengurusan keperluan pengguna diuruskan melalui sebuah aplikasi yang menawarkan kemudahan penggunaan, kepelbagaian fungsi, ciri-ciri dinamik, kepelbagaian perkhidmatan digital serta membolehkan pengguna merasai pengalaman digital yang lancar.

Aktiviti-aktiviti seperti mengakses perkhidmatan digital Kerajaan, perkhidmatan swasta terpilih, pembayaran bil, saman trafik, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, pendaftaran kelahiran, perkahwinan dan banyak lagi boleh dilaksanakan dihujung jari sahaja.

Untuk pengetahuan, Kerajaan juga dalam masa yang sama ingin mengumpulkan maklum balas mengenai Aplikasi Mudah Alih Nasional selama mana ia boleh digunakan. Antara objektif utama soal selidik ini adalah untuk:

  • Mengenal pasti keperluan rakyat merentasi pelbagai latar belakang dalam menyokong perancangan dan pembangunan Aplikasi Mudah Alih Nasional.
  • Memperkenalkan konsep Aplikasi Mudah Alih Nasional dan senario potensi penggunaannya di negara ini.
  • Mendapatkan pandangan serta input bagi potensi penggunaan Aplikasi Mudah Alih Nasional merentasi sektor awam dan swasta.
  • Menilai penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat yang perlu dipertingkat melalui platform Aplikasi Mudah Alih Nasional.

Untuk maklumat lanjut mengenai soal selidik tersebut, anda boleh layari laman Aplikasi Mudah Alih Nasional.

Sumber: Utusan Malaysia

Kategori

Umum
Matawang Kripto 
Gadjet
Kesihatan
Keselamatan
Pertanian
Makanan
Ekonomi
Kercedasan Buatan
Angkasa
Kenderaan
Sains
Bio Teknologi
Alam Sekitar

Perkhidmatan kami

Reka Laman Web
Reka Grafik
Pembagunan Laman Web
Pengurusan Laman Sosial
Pembagunan Produk
Produk Digital
Pengurusan Iklan Sosial Media

Lain - Lain

Disclaimer
Privacy Policy
Bagi kami Tip (ko-fi)

Media Sosial

Facebook
Instagram

Hubungi kami

Email
Telefon
Whastapp

Hak Cipta terpelihara. CopaStudio 2021.

www.copa.my

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram